Rabu, 12 Desember 2012

Jika Aku Jatuh Cinta


Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…
Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..
Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…
Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu
Amin….

I Love U ~ Saya cinta kamu


Ucapkan I Love U dalam pelbagai bahasa!

  • Albanian - Te dua!
  • Arabic - Ohiboke (m to f) Nohiboka (f to m)
  • Bengali - Ami tomake bahlobashi!
  • Bosnian - Volim te!
  • Croatian - Volim te!
  • Czech - Miluji te!
  • Danish - Jeg elsker dig!
  • Dutch- Ik hou van je!
  • Filipino - Iniibig kita!
  • Finnish - (Mä) rakastan sua!
  • French - Je t’aime!
  • German - Ich liebe dich!
  • Greek - S’ayapo!
  • Hawaiian - Aloha wau ia ‘oe!
  • Hebrew - Anee ohev otakh (m to f), Anee ohevet otkha (f to m)
  • Hindi - Mai tumase pyar karata hun (m to f), Mai tumase pyar karati hun (f to m)
  • Hungarian - Szeretlek!
  • Icelandic - Eg elska thig!
  • Italian - Italian
  • Japanese - Kimi o ai shiteru!
  • Korean - Dangsinul saranghee yo!
  • Malaysian - Saya cintamu!
  • Norwegian - Jeg elsker deg!
  • Polish - Kocham ciebie!
  • Portuguese - Eu te amo!
  • Romanian - Te iubesc!
  • Russian  - Ya tyebya lyublyu!
  • Spanish - Te amo!
  • Swedish - Jag älskar dig!
  • Turkish - Seni seviyorum!
  • Ukrainian - Ya tebe kokhayu!
  • Vietnamese - Anh yeu em (m to f), Em yeu an (f to m)
  • Yiddish - Kh’hob dikh lib!
  • Zulu - Ngiyakuthanda!

SMS Cinta


Dari mana datangnya cinta ……
dari SMS turun ke hati …..

Andai kau dapat melihat hatiku
Andai saja kau dapat membaca fikiranku
Betapa ruang jiwaku penuh bayangan dirimu,
Menghiasi hari-hariku
Senyum dan suaramu teduhkan jiwaku
Cintailah aku dengan kesungguhanmu

Kalau I boleh menyusun abjad, I nak letak U dekat dengan I

Hello..U ada plaster tak?? I luka teruk sebab jatuh cinta pada U!

Hello..
Aku pencuri…
dan aku di sini nak curi hati kau!!!

U ni doktor ke? Kaki I terseliuh sebab jatuh cinta pada U !

I nak belanja u gula-gula HACKS…..
faham tak ertinya?
H- Hanya
A- Aku
C- Cinta
K- Kau
S -Seorang

Luahan Cinta Ibarat Kentut…..
ditahan sakit….
dilepas malu….
dah keluar..fuhhh! Lega!!!

Jika kau hidup sehingga 100 tahun….
aku hanya  ingin hidup hingga 99 tahun kerana aku tak rela hidup tanpa kau…


Aku terasa sesuatu dihatiku…ianya seperti bara yg kecil. Setiap kali aku melihatmu, bara ini menyala dan ia sungguh istimewa kerana AKU CINTAKAN KAU!

Apakah kasih sayang perlu diucapkan?
Tidak perlu. Lalu kukirim SMS ini padamu, hingga tidak perlu mengucapkannya.

Andai hatimu penjara, biar aku dipenjara seumur hidupku di dalam hatimu…
T
Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.

Aku mahu kau tahu aku menyintaimu setulus hati..bukan hipokrit…bukan cinta palsu..bukan ada kepentingan….
Ini adalah cinta tanpa syarat….
Aku begitu menyintaimu…..

Cinta akan hilang jika diambil org. Cinta akan mati jika digenggam rapi. Bagaimana harusku memegangmu? 
Apa perluku meneruskan atau melepaskan?

Betapa indah pun perkataan, tak boleh sama utk menyatakan cintaku padamu…

Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.

Cintaku bukan ibarat kertas…..
Cintaku adalah bara yg sentiasa menyala
dan semakin marak ditiup kerinduan padamu…..

Jika mencintaimu satu kesalahan…biar aku bersalah. Cintaku padamu sangat kuat dan akan kuperjuangkan hidup ini demimu…

Cinta kita banyak ranjau. Tapi percayalah ia tidak sedikit pun mengurangkan cintaku padamu….Kau adalah insan teristimewa dalam hidupku

Aku tak dapat hidup tanpamu…..
kerana kaulah nyawaku……

Jika cinta itu dicukai..aku lah pembayar cukai paling tinggi!

Mencintaimu adalah perkara terindah yg pernah berlaku dalam hidupku. Mana mungkin aku melupakanmu seumur hidupku. Kaulah kekasihku yg pertama dan terakhir.

Air mata kerana sahabat 1 pengorbanan,
Air mata kerana ibu bapa 1penghormatan,
Air mata kerana kekasih 1penyesalan,
Air mata kerana Allah 1 keberkatan.

()” ‘ ‘()
( ;
( O) saya kan,
(,(’”)(’”) selalu
ingat kat awak..

()” ‘ ‘()
( (”)(”) rindunye..!!
( )
( (’”)(’”)


Senandung Orang Berkasih


Kalau bulan lesu di malammu
mentari akan redup di siangku
kalau bunga layu di tangkaiku
daun akan kuncup di rantingmu
kalau pulaumu merapat ke daratanku
hulumu akan mendekat ke muaraku

Kalau kau angin luka
akulah bukit pasir tempat kau
membaringkan lara
kalau aku ombak gundah
kaulah beting pasir tempat aku menggulingkan gulana
kalau tiba musim gelora
di manakah pula
angin dan ombak hendak bermanja?

Jika ada sebuah taman
biarlah aku menjadi bangku
dan kaulah itu serumpun bambu
tumbuh rendang meneduhiku
kalau ada sebuah tasik
kaulah perahu kecil
berlabuh tenang di tambatanku
apakala tiba waktu senja
lembayung indah itu
kita yang mewarnakannya.

Siapakah kita ??


Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mau sujud pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.
Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadits dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.
Siapakah orang dungu kepala otaknya?
Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mau lakukan ibadat tapi menyangka bahwa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.
Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.
Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca shalawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.
Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mau membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mau mengambil pelajaran daripadanya.
Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diindahkannya.
Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu sholatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku ridho dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?
Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya karena dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi
Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.
Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.
Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.
Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang karena hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.
Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahwa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak karena telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

Tips mengekalkan sebuah persahabatan


Saling memberi kebebasan
Persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka duka bersama dan bukannya untuk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yang penting, si dia jujur pada persahabatannya.    
Saling menahan rasa cemburu  
Ramai yang berkata cemburu itu bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yang dibina tak adalah ‘thrill’nya. Tetapi cemburu yang membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya. Jika ada yang tak kena, tanyalah temanmu itu dengan baik tanpa bersikap marah dan menuduh. Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang. Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu itu untuk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu menyakitkan… 
Saling memahami  
Untuk menjadi sahabat yang baik kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya dengan lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan-bukan tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti diselesaikan terlebih dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada masa untuk kamu bertemu dia.  
Saling mengalah 
Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang, kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah dan cuba belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia dan lebih menyayangi dirimu.  
Saling memberi kemaafan
Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan kepada orang lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari kesalahan atau kesilapan dirimu.

Sebenarnya Keadaan Kita Ini Apa Ya?


Sebenarnya aku ini mengapa ya?
Sering sangat berubah laku dengan tidak menentu
Kadang ketawa penuh berlagu hingga melebihi
jangkauan batasan kelucuan
Dan tiba-tiba sahaja berarak mendung di wajah kelabu
Menjadi diri sendiri tidak mengerti
Bencana apakah yang telah menimpa diri?
Sebenarnya kau ini, kenapa ya?
Sering sekali mengganggu
ruangan hati yang sempit
Dengan permainan di sebalik warna tinta
Tanpa ada sebarang perutusan perkhabaran berita
Sekadar namaku tertera pada penulisanmu
Terlalu sukar untuk aku memahami
Kelakuan dalam bicara penamu itu terlalu abstrak
Terasa sungguh menyulitkan keadaan hati!

Sebenarnya keadaan kita ini apa ya?
Sering sahaja bersikap begitu dan begini
Sesama kita seperti tidak mahu menghuraikan
Suatu tafsiran dari kitab hati untuk diterjemahkan
Menjadi satu baris ayat yang panjang
Tetapi terfikirkah kita
Betapa lama waktu dan musim kita persiakan
Sampai bilakah kita harus meneruskan sandiwara
Di pentas kepura-puraan berpanjangan
Tanpa ada titik permulaan
Tanpa ada nokhtah pengakhir kisah!

Tak Usah

             Tak usahlah sebut pasal cinta jika anda tidak sebenar-benarnya mengambil kisah. Tak usahlah bercakap tentang perasaan, jika ia tidak berada di hati anda. Tak usahlah menunjuk ke dada, jika anda berhasrat melukakan hati pasangan anda. Tak usahlah sebut cinta abadi jika ada di hati anda untuk berpisah. Tak usahlah memandang matanya jika anda berbohong kepadanya. Tak usahlah sebut hello jika kelak anda mengucapkan selamat tinggal. Tak usahlah katakan dia satu-satunya, jika ada orang lain di sisi. Tak usahlah kunci hatinya, jika anda tiada anak kunci untuk membukanya kelak.

Kamis, 22 November 2012

Goresan hati yang resah


        Tahukah kau ibu, kau bukan hanya wanita lembut bukan hanya wanita yang penuh kasih dan sayang bukan pula sekedar wanita yang tegar kau tidak hanya secantik kelopak mawar dan wangi semerbak melati Tahukah ibu, setiap hembusan nafasku, setiap detak jantungku dan tetesan darahku ini kupersembahkan untukmu walaupun itu belumlah cukup dan tak'kan pernah cukup untuk membalas semua budimu kepadaku anakmu yang berlumur dosa kepadamu Tahukah kau sahabat, bagiku beliau adalah BIDADARI yang diciptakan tuhan untuk membimbingku dari keringnya hati dan kerontangnya jiwa TUHAN...lindungi dan sayangi bidadariku layaknya beliau melidungi dan menyayangiku dari lubuk hati yang paling dalam....MOM , I love U....

HaL-HaL Yang CeWek MaU DaRi CoWok


Apa susahnya sih menggaet cewek? Kalau Kamu se-oke Brad Pitt or Tom Cruise, memang tak ada susahnya. Cukup diem aja, nanti cewek-cewek itu sendiri yang antre. Tapi, karena kebanyakan dari kita levelnya jauh banget (biasa-biasa aja, he3x), lebih baik kita mulai memperhatikan apa saja yang disukai cewek-cewek dari seorang cowok.
Salah satu hal yang mesti Kamu ingat adalah, sebetulnya wanita sangat menyukai pria. Tapi, tentu saja kalau Kamu punya sederet kelebihan, yang pada dasarnya tak ada hubungannya dengan materi, dan Kamu ekspresikan dengan jelas. Pokoknya, membuat Kamu sangat lovable, deh! nicH TipsNya…
BeRi perhatian khusus
Setiap cowok mestinya punya cara untuk membuat cewek merasa sebagai satu-satunya orang yang istimewa di muka bumi. Lebih baik lagi kalau ia bisa bikin cewek merasa sebagai makhluk ciptaan Tuhan yang terindah. Senyum penuh arti, telepon, e-mail, atau SMS yang berisi puja-puji adalah langkah-langkah tepat untuk itu.
PeLajari caRa MeMeLuk dan MenciuM
Cara Kamu memeluk, membelai, dan mencium cewek hingga ia merasa sangat feminin dan seksi amat diperlukan. Hal itu akan membuatnya merasa amat disayangi.
Jadi coWok macho
Memang ada beberapa cewek yang mengingkari ini dengan alasan emansipasi atau feminis. But, banyak cewek suka cowok macho (macho bukan karena fisiknya aja cuy tapi sikap juga, ‘en bukannya juga mantan chopet, he3x…), kuat, dan penuh pede. Tak ada cewek yang senang cowok yang rendah diri dan pasif. Prinsipnya, lebih baik sedikit GR ketimbang minder, man!
LeMbut di daLaM
Cowok semacho apa pun tetap diharapkan lembut di dalam. Kalau Kamu tampak tough di luar, tapi masih bisa mengesankan kelembutan dan sensitivitas dalam pribadi Kamu, percaya deh, bakal banyak cewek yang kasmaran.
MeNgerTi baHwa ceWek MeMang SuLiT diMeNgerTi
Karena kata John Gray, cewek berasal dari Venus, sementara cowok dari Mars, wajar saja kan kalau banyak perbedaan. Pahamilah kalau cewek memang rada sulit dimengerti. Sangat rumit, kompleks, dan membingungkan. Tunjukkan saja bahwa Kamu mengerti hal ini.
JaDi oRaNg yaNg Tak BiSa diDuGa
Yang namanya cewek, sebetulnya selalu mencari gairah hidup. Jadi, cowok yang tak bisa diduga bakal bisa punya cewek yang ‘menggelepar-gelepar’. Cewek senang dikejutkan, asal kejutannya manis donks… Meski sisi lain di dalam diri mereka juga mencari sesuatu yang bisa dikabulkan, established, konstan, dan menyenangkan. So, beri mereka kejutan.
MiLiki LoyaLiTas
Memang sih, tak ada yang lebih menyenangkan cowok daripada dua orang cewek bertengkar memperebutkan dirinya. Tapi, cewek itu punya bawaan cemburu dari sananya. Karena itu, cobalah setia! Jangan cuma setia sama teman-teman Kamu.
MiRip-MiRip baPakNya SedikiT deCh
Ini bukan teori Oedipus complex, tapi memang banyak cewek menyukai cowok yang rada mirip-mirip ayahnya. Mungkin bukan di tampang (kalo bapaknya berkumis ‘en kamu ‘ga berkumis, ‘ga usah maksain pake kumis-kumisan! Ha3x… ), tapi di dalam sikap protektif dan perhatiannya itu.
buaT dia MeRasa SebaGai WaniTa
Pernah denger lagu Shania Twain yang berjudul Man! I feel like a woman. Oh, Shania bener banget. Cowok yang bisa bikin cewek merasa sebagai wanita sejati pasti tahu benar kemujuran ungkapan ini. Perlu Kamu ketahui, cewek tak mungkin bisa feminin (zaman sekarang ditambah kuat, agresif, cantik, dan pede) tanpa bantuan cowok.
JadiLaH coWok yaNg beTuL-beTuL irresistible
Ini sudah sering dibuktikan. Kalau Kamu irresistible maksudnya jangan sampai terhalang buat mengeluarkan seluruh kemampuan, sikap dan perilaku terbaik kamu dalam pergaulan. Kalo udah kayak gitu, siap-siap aja melihat antrean panjang!

SUPERNOVA


"Dengan tujuh respon dasar, otak tidak hanya menyuguhkan kewarasan' tetapi juga mampu menyuguhkan seluruh alam.
1. RESPON HIDUP & MATI., respon paling dasar, bahkan kutu rambut pun memiliki hal ini.
Lewat respon ini hidup diproyeksikan sebagai rimba perjuangan. dan tujuanmu cuma satu " BERTAHAN HIDUP"
2. RESPON REAKTIF, ini adl upaya otak utk menciptakan identitas. setelah melewati tahap pertama
maka akan muncul kebutuhan yg lebih kompleks, yakni; "KE-AKUAN, KEPEMILIKAN".
Ini adl perkenalan pertama kita pada konsep kekuasaan , aturan & hukum.
3. RESPON RELAKSASI,di tengah hiruk pikuk dunia materi, otak yg senantiasa aktif pun menginginkan kedamaian , ingin tenang, dan ia ingin yakin bahwa dunia luar bukanlah sumber segalanya. maka muncul respon ke-4
4. RESPON INTUITIF.otak mencari info keluar & kedalam, pengetahuan eksternal bersipat obyektif , & yg
internal bersifat intuitif. pada tahap ini ia mulai bersandar thd apa yg ada di dalam.
5. RESPON KREATIF,manusia dimampukan utk mencipta,mengekplorasi fakta. kemampuan ini datang dalam momen yg penuh keajaiban, yg sering kita sebut inspirasi.Kita berkaca pada Sang Pencipta & melalui refleksinya kita mencicipi peran kreator.
6. RESPON VISIONER, otak mempunyai kemampuan kontak langsung dengan kesadaran murni yg sama sekali tidak ditemukan di dunia materi. pada level ini terjadi apa yg dinamakan mukjizat, atau fenomena2 magis.
7. RESPON MURNI, otak berawal dari satu sel yg tidak memiliki fungsi2 otak. Ia berawal dari satu cercah kehidupan tak terkatagori.meskipun ada sistemasi bilyunan syaraf yg tergantung pada otak, tapi otak sendiri tidak kehilangan akarnya pada kemurnian.itulah sumber sesungguhnya. sesuatu yg tidak perlu berfikir, namun ada.
Melalui ke-7 respon inilah manusia melihat dunia terbentang untuknya dan apa yg disediakan bagi kita untuk bermain dengan hidup. Permainannya sendiri.....terserah anda."
--> masa lalu dan masa depan hanyalah distraksi, menarik kita kedalam abstraksi mental yg tidak nyata. tidak ada yg lebih penting daripada "SAAT INI" karena itulah momen dimana potensi termanifestasi. hanya "DISAAT INI" kita mampu
merasakan masa lalu dan mewujudkan masa depan "SAAT INI" selalu memperbaharui dirinya tanpa
batas. Tapi begitu kita terjebak dalam linearitas, maka kita selamanya mengambang di pemahaman hidup yg
dangkal.
--> jadi utk apa apa kita menyesali masa lalu & mencemaskan masa depan ??

Selasa, 20 November 2012

Wangian Melambangkan Personaliti


              Terdapat enam kategori wangian yang boleh menggambarkan personaliti si pemakai iaitu :-
  • BUNGA-BUNGAAN :- Dengan aroma wangian bunga-bungaan yang akan memperlihatkan diri kamu lebih feminin dan romantik.
  • BUAH-BUAHAN :- Bauan segar dari aroma buah-buahan memperlihatkan diri kamu lebih segar dan bersemangat.
  • OCEANIC :- Wangian moden yang menggunakan elemen sintetik yang melahirkan bauan yang menjurus kepada lautan dan individu yang menggemari bau-bauan sebegini tergolong antara individu yang cintakan persekitaran.
  • HIJAUAN SEMULAJADI :- Memberikan kesegaran dan tenaga, justeru wangian ini melambangkan kamu adalah individu yang gemarkan aktiviti luar !
  • ORIENTAL :- seksi, eksotik, dan gigih mungkin itulah definasi yang mampu menggambarkan individu yang gemarkan bauan sebegini, bau-bauan seperti musk, vanilla dan bau bunga-bungaan yang keras tergolong dalam kategori ini.
  • KAYU-KAYAN :- wangian yang mempunyai unsur bauan saperti kulit kayu, lumut atau benda-benda lain yang kamu boleh jumpai didalam hutan adalah tergolong dalam kategori ini. Ternyata individu yang gemarkan bau-bauan sebegini, mereka gemarkan kebebasan dan mungkin mereka juga terdiri dari individu yang agak lasak.


Ada Apa Dengan Lelaki?


  • Lelaki tulin. Tahu hakikat yang dia dijadikan sebagai lelaki dan dari itu bersifat sebagai lelaki dan tidak bertingkah laku hingga terkeluar dari kategori lelaki
  • Lelaki yang berharga. Lelaki yang tidak cemburu buta kerana lelaki yang cemburu itu lemah dan cemburu itu melambangkan bahawa dirinya tidak berharga.
  • Lelaki yang teguh jiwa. Tidak mudah mengalirkan air mata. Bila lelaki menangis, maka harga dirinya hilang kerana air mata adalah perhiasan hati wanita.
  • Lelaki yang sederhana. Tidak meninggi diri dan tidak pula terlalu merendah diri.
  • Lelaki yang cantik. Wanita menganggap kecantikan lelaki berada pada perangainya dan kebersihan hatinya.
  • Lelaki yang punya pendirian. Lelaki yang berpegang teguh pada kata-katanya dan menunaikan janji bila berjanji.
  • Lelaki yang kemas bersih. Menjaga kebersihan serta berdandan tetapi tidak secara berlebihan. Pakaiannya kemas dan tidak nampak canggung.
  • Lelaki yang cerdik. Cepat faham apa yang dikehendaki oleh wanita tanpa perlu disebutkan.
  • Lelaki yang cekap. Segera memberikan kepada wanita apa yang dihajati tanpa perlu diminta terlebih dahulu.
  • Lelaki yang bijak. Tidak suka bercerita tentang kelebihan atau ketampanan dirinya.
  • Lelaki yang tabah. Tidak mudah hilang akal bila menghadapi masalah dan tidak bingung atau kalut bila menghadapi suasana menekan, kesuntukan masa, atau cemas.
  • Lelaki yang berwawasan. Tidak melakukan sesuatu tanpa merancang. Objketif dan cekal dalam mengejar cita-citanya. Masa digunakan untuk perkara yang produktif.
  • Lelaki yang baik. Tidak suka hidup berfoya. Taat kepada suruhan agama. Tidak berjudi, berzina atau minum arak.
  • Lelaki yang sopan. Tahu menghormati orang tua serta pandai mengambil hati.
  • Lelaki yang mengasihi. Walaupun mungkin dia tidak menyatakan kasihnya pada wanita itu. Saatu masa, wanita berharap lelaki ini akan meluahkan perasaan kasihnya itu.
  • Lelaki yang ceria. Boleh berjenaka dan berkongsi cerita. Tidak selalu sugul dan berkerut-kerut dahinya.

Andai Kau Tahu


  • Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat ( prihatin )
  • Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tak semestinya cantik. Cukup dgn budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dengannya samada dari segi pemikiran atau minat. Oleh itu, banyak yang boleh dibualkan atau dikongsi bersama.
  • Kebanyakan masa, lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.
  • Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.
  • Lelaki cuba menonjolkan sikap kelakiannya untuk menambat hati wanita.
  • Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita..sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita dan menonton Baywatch! Atau mencuci mata di tepi pantai atau swimming pool.
  • Kebanyakan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar kali pertama!
  • Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.
  • Bila lelaki cakap..”Emm..tengoklah dulu”..itu seringkali bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.
  • Bila lelaki cakap ‘direct to the point’ dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.
  • Kebanyakan lelaki yang nampak ‘desperate’, datang dari sekolah all boys! Adalah biasa lelaki cemburu terutamanya apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.
  • Lelaki tak boleh belajar kesemuanya pasal perempuan dari library atau buku semata-mata. Oleh itu mereka selalu keliru dengan sikap perempuan..dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini… Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam tentang bagaimana berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan lebih baik.
  • Betapa hebatnya lelaki itu bersikap ‘romeo’ dan ‘flirting’ dengan ramai wanita..dia tetap hanya ada seorang teman wanita yang istimewa…yang lain hanya kawan..
  • Bila lelaki tertengok dada wanita dan wanita itu menyedari… maafkan saja. Kebanyakan lelaki tak sengaja…. Mereka merasakan kejadian wanita itu begitu indah!
  • Bila sesuatu hubungan putus di tengah jalan, lelaki juga rasa bersedih..cuma dia tak menunjukkannya kesedihannya di depan orang.
  • Bila seorang perempuan meminati seorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint! Mana tau lelaki itu juga menaruh minat. Senang usahanya nanti…
  • Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita.
  • Kebanyakan lelaki cukup lemah dengan air mata perempuan. Mereka lebih tewas sekiranya air mata itu mengalir dari perempuan yg dikasihi. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan.
  • Lelaki bukanlah sempurna 100%, walau bagaimanapun rupanya atau pandangan luarannya. Jadi, perempuan janganlah mengharapkan semua yang hebat dari lelaki! Mereka juga normal.

Cinta Bagaikan Memancing Ikan


Ada kawan? Rasanya tiada manusia tanpa kawan. Kawan mudah dicari. Dengan sebentuk senyuman, kawan sudah boleh diperoleh. Dengan teh secawan di warung, kawan sudah boleh dibentuk.
Nilai kawan dan sahabat jauh berbeza.Jika anda ada teman lelaki,dia mungkin bergelar kawan, bukan pasangan kekasih. Kena pandai bezakan dengan kawan, sahabat dan kekasih. Sesetengah orang selesa sebagai kawan, sesetengah orang ingin dianggap sahabat, sesetengah orang mahu akhirnya digelar kekasih. Perlu lihat tutur kata pada awal perkenalan, kadang-kadang pada awalnya lagi sudah dapat diduga apakah dia ingin jadi kawan, sahabat mahupun kekasih.
Ramai gadis bertanya saya soal ini. Dia sudah berhubung dengan saya selama setahun, mengapa dia tidak faham apa yang ada dalam hati saya? Perlukah saya memberitahunya bahawa saya menyayanginya lebih dari seorang kawan?
Nah! Inilah bahananya jika anda tidak cuba memahami riak wajahnya, tutur katanya dan sikapnya sepanjang berkawan dengannya. Dia mungkin menganggap anda sekadar kawan, tetapi anda tidak. Anda menganggap dia lebih daripada itu. Anda mengharapkan cinta tetapi tidak pernah memberikan gambaran sedemikian. Maka dia tidak memahaminya. Diam-diam tanpa pengetahuan anda dia menjalin perhubungan dengan orang lain. Dan orang itu telah pun bergelar kekasih hatinya.
Ramai gadis kecewa direndam perasaan sendiri. Dia memikirkan lain dan mengharapkan lain tetapi lain pula yang ada pada diri seseorang lelaki itu. Kena berikan dia sedikit gambaran bahawa anda tidak sekadar menganggapnya kawan, tetapi kawan yang istimewa, kawan yang lebih daripada kawan, dan kawan yang ingin dijadikan kekasih.
Bagaimana melakukannya? Anda boleh hantar SMS berbau kasih. Ia ibarat melemparkan umpan sewaktu memancing. Jika umpan serasi, akan mengena. Jika tidak, umpan akan terbiar dibawa arus.
Memancing cinta juga begitu. Kena lemparkan umpan dan lihat apakah umpan disambar. Anda akan menerima balasan yang hampir serupa. Jika ayat-ayat power yang diberi, ayat-ayat power juga yang sampai kembali, itu antara lain tandanya kasih bersahut. Jika kata-kata berbau kasih, sayang dan cinta yang diberikan, yang diterima kembali adalah kata-kata yang hampir serupa tandanya umpan anda serasi dengan selera ikan. Boleh terus memancing, boleh terus menghulurkan umpan. Hingga akhirnya ikan tersangkut di mata kail, ketika itu bolehlah tarik joran, pegang dan tangkaplah hasil. Tika itu tidak perlu berselindung lagi untuk mengatakan bahawa anda menganggapnya lebih dari seorang kawan. Dia adalah kekasih hati dan orang pujaan.
Ramai gadis menjadi mangsa keadaan. Dia tidak pernah tahu dia tidak dicintai. Dan tidak pernah tahu  dia tidak pernah berada dalam senarai calon untuk dijadikan isteri. Dia berbaik dengan seorang lelaki dan membiarkan perhubungan itu berjalan dengan baik, sedangkan dia menyimpan hati, tetapi si lelaki tidak. Setelah berkawan hampir sepuluh tahun, usia telah lanjut baru tahu dia tidak sampai ke situ. Dia hanya berbaik, seorang yang baik dan mahu berbaik-baik.
Kenapa tidak memberikan gambaran awal supaya mudah mengambil keputusan, samada meneruskan atau beralih arah.
Bercinta adalah seni. Maka anda perlu menggunakan daya kreativiti dalam meniti di atasnya. Setiap cinta melalui jalan cerita yang serupa namun tidak pernah sama. Setiap watak yang melaksanakannya adalah berbeza maka anda perlu memahaminya. Bacalah peribadinya seawal perkenalan anda dengannnya.

Terkadang Cinta Perlu Dipentingkan


“Rasa kasih, sayang dan cinta bukan satu perjudian untuk menentukan menang atau kalah tapi ia adalah ikatan hati yang menentukan nilai satu perhubungan, kesetiaan dan ketulusan” 
Bukan sedikit orang yang menganggap remeh persoalan cinta. Cinta selalu dikaitkan dengan mereka yang tiada pendirian teguh dalam hidup. Itu silap, cinta penting lantaran ia anugerah ILAHI untuk setiap hamba-NYA. Sesiapa yang mendapat cinta akan merasai nikmatnya hidup. Sesiapa yang gagal mendapat cinta akan merasakan hidupnya kosong.
Cinta itu penting, maka itu bukan manusia saja ada perasaan cinta. Haiwan turut bercinta dalam maknanya yang berbeza. Haiwan dihantui cemburu, marah, dengki, khianat dan juga curang, manusia betapatah lagi. Unsur-unsur inilah yang menjadikan cinta sesuatu yang sangat menyakitkan meskipun pada asalnya ia menjanjikan keseronokan, kenikmatan, kebahagiaan, persefahaman dan lain-lain yang membawa makna serupa.
Cinta itu penting kerana dengan cintalah manusia mendapat kekuatan untuk membuktikan sesuatu. Dengan cinta manusia sanggup memanjat gunung, menuruni lurah, menyeberang lautan, malah kadangkala berdepan dengan singa lapar. Begitulah hebatnya penangan cinta. Tatkala ia menyelubungi hati, seluruh alam kelihatan indah, padahal pada waktu itu hari telah diselubungi gelap.
Cinta boleh mencerahkan yang kedam malah kadang-kadang memberi warna pada kehitaman. Hebatnya cinta hingga ada orang tidak berasa lapar walaupun tidak makan berhari-hari. Dia sanggup mempertaruhkan dirinya demi cinta. Dia sanggup berdepan dengan apa saja. Cinta adalah motivasi terulung dan teragung baginya.
Begitulah hebat dan berkuasanya cinta. Sayang, sesetengah orang menjadi semakin lemah oleh cinta. Cinta menjadikannya semakin malas hendak berusaha. Apabila cintanya bermasalah atau mati di tengah jalan dia hilang haluan. Dia menyeksa dirinya sendiri dengan berasa sedih.
Kesedihan itu sendiri masih boleh diterima. Maklum, namanya pun manusia, dibekali emosi yang sering berubah-ubah mengikut situasi apa yang didepaninya. Bersedih itu salah satu sifat semula jadi manusia, tetapi jika terlalu sedih ia mencabar tahap normal seseorang manusia.
Lihatlah kisah Laila dengan Qais dalam filem “Laila Majnun”. Setelah pinangan Qais ditolak lantaran miskin, Qais hilang ‘kejantantannya’. Saban hari dia menangis dan merindui Laila dan duduk merempat di birai masjid. Dirinya semakin tidak terurus. Apa yang terkeluar dari mulunya hanya “Laila… Laila… Lailaaaa…”
Akhirnya tampil diri Qais tidak ubah seperti seorang yang gila. Dia diejek oleh kanak-kanak, kadang-kadang ada yang membalingnya dengan batu. Masih hatinya tidak terbuka untuk membuktikan sesuatu.
Lihatlah betapa cinta boleh menjadi manusia begitu bodoh dan tolol sekali. Andainya sungguh Qais inginkan Laila, sepatutnya dia tinggalkan kampung berkenaan dan kembali dengan setimbun harta, sebab itu pun syarat yang diberikan oleh ayahanda Laila. Dengan menangis dan merayu, itu hanya meruntuhkan martabatnya sebagai seorang lelaki, yang sepatutnya kuat dan tuntas jiwa.
Cinta itu penting tetapi usah terlalu dipentingkan. Apabila cinta terlalu dipentingkan, yang lain-lain akan nampak tidak penting. Jadikan cinta booster dalaman untuk membina kejayaan dan kecemerlangan. Keterbilangan kita kadang-kadang ditentukan oleh rasa cinta kita, tetapi kadang-kadang ketewasan kita juga ditentukan oleh perasaan cinta kita.

Cermin Diri

Berdiri di hadapan cermin, lihat diri anda. Adakah anda setampan Shah Rukh Khan? Adakah otot-otot anda segagah Arnold Schwarzenegger?
Dengan ketinggian yang anda ada, mampukah anda memikat model secantik Nasha Aziz? Adakah gaji anda cukup lumayan bagi menakluki hati gadis-gadis jelita untuk dijadikan isteri?
Sambil berdiri di hadapan cermin, tanyakan soalan ini, “Adakah aku memiliki ciri-ciri lelaki yang diidamkan wanita? “Kalau masih belum pasti, di bawah ini adalah 10 lelaki yang paling dikehendaki oleh kaum Hawa iaitu….
  1. Yang bercita-cita besar untuk menolong orang lain yang memerlukan, bukannya hidup dilamun angan-angan dan perlu ditolong.
  2. Yang tidak malu berkata; “Saya minta maaf, sayalah yang bersalah.”
  3. Yang dapat melihat pelbagai pengaruh buruk cuba merosakkan hidupnya tapi tanpa ragu-ragu berkata ” TIDAK”
  4. Yang meletakkan urusan Tuhan melebihi segala-galanya.
  5. Yang membuat sesuatu,misalnya melaksanakan impiannya, dengan bersungguh-sungguh dan apabila berjaya, dia menghadiahkan setinggi-tinggi perhargaan kepada orang-orang yang membantunya.\
  6. Yang sentiasa tersenyum, merendah diri dan mesra dengan sesiapa sahaja tanpa mengira darjat dan kedudukan.
  7. Yang melihat kesilapan diri sendiri sebelum melihat kesilapan orang lain.
  8. Yang sedia mencurahkan wang, masa dan kebolehannya kepada orang lain tanpa memikirkan balasan. Yang sentiasa berusaha untuk menjadi contoh terbaik kepada anak-anaknya daripada hanya beromong kosong mengenai hal tersebut.
  9. Yang membawa anak-anak ke rumah ibadat, bukannya menghantar mereka ke sana.
Adakah ketampanan, gaji dan otot-otot sasa di badan anda relevan dengan ciri-ciri di atas?

Senin, 12 November 2012

Jika Cinta Tidak Direstuin Keluarga


        Tidak mendapat restu keluarga kekasih memang menjadi satu masalah dalam sebuah percintaan. Sebab tidak menyukai atau tidak memberi restu kepada calon menantu ini boleh menganggu kelancaran hubungan anda dengan bakal suami atau isteri.
         Biasanya masalah tidak disukai keluarga kekasih sering berpunca daripada perbezaan taraf kehidupan, taraf pendidikan, rupa paras dan sebagainya.
         Apabila pihak keluarga mula menunjukkan ketidaksenangan mereka terhadap bakal menantu, perkara-perkara remeh dan kecil pun boleh dikembangkan menjadi isu besar. Keadaan ini sudah tentu membawa impak atau kesan buruk terhadap dunia percintaan anda.
      Dan ironisnya, apa yang kerap terjadi, adalah pihak keluarga pasangan yang menentang hubungan tersebut akan bermati-matian berusaha untuk memisahkan pasangan kekasih yang saling mencintai ini jika pasangan itu terlihat bersatu padu mengatasi pelbagai cubaan atau halangan yang mendatang itu.
     Nampaknya cinta semata-mata tidak memadai atau mencukupi untuk mereka menghadapi sebuah perkahwinan yang penuh dengan duri itu. Ini semakin menghimpit jika kedua-dua belah pihak keluarga dan rakan-rakan tidak memberi sokongan moral malahan turut bersikap menjatuhkan.
       Keadaan ini sebenarnya boleh terjadi kepada sesiapa sahaja, malah sering menyangkut soal fahaman, perbezaan warna kulit, harta kekayaan, budaya dan agama. Kerana itu tidak hairan jika anda hanya berasa aman dan bahagia ketika dapat berdua-duaan dengan kekasih kerana saat ini tidak ada gangguan daripada orang yang tidak menyukai, walaupun sebenarnya anda berasakan amat memerlukan pergaulan secara terbuka dengan rakan-rakan dan lingkungan keluarga. Yang lebih menyakitkan lagi apabila keluarga kekasih menjauhkan pasangan anda daripada aktiviti keluarga.
         Anda juga tidak pernah dijemput dalam acara atau majlis-majlis penting yang diselenggarakan keluarga si dia. Sehingga membuat anda dan si dia tidak tahu apa yang patut dilakukan, samada meneruskan perhubungan terlarang ini atau berpisah sahaja kerana tuntutan pihak keluarga pasangan yang amat melampau.
         Akhirnya pilihan memang bergantung kepada keputusan anda berdua. Apalagi kalau anda sudah nekad merancang untuk tetap meneruskan hubungan itu hingga ke jinjang pelamin. Jangan gelabah atau membebankan pasangan dengan meletakkannya di antara dua pilihan.
      Cara terbaik adalah dengan menyelesaikan masalah itu secepatnya. Jika sudah mengambil keputusan untuk menikah, sudah tiba masanya keluarga pasangan masing-masing mengetahui lebih jauh mengenai calon menantunya. Memang bagi keluarga yang mementingkan kedudukan sukar untuk meminta mereka menerima diri anda seadanya.
      Jangan menunjukkan pasangan dengan sikap anda yang keanak-anakan. Boleh jadi sikapnya yang terlihat lemah atau mengalah dengan keluarganya selama ini bukan kerana tidak bangga dengan anda tetapi mungkin dia malu dengan sikap keluarga atau rakan-rakannya dan mungkin juga dia tidak mahu keluarganya atau rakan-rakannya melakukan perkara yang tidak sepatutnya (seperti sengaja menyakitkan hati) pada anda.
         Dia juga mungkin berasa malu kerana belum berjaya memujuk keluarganya agar menerima anda dalam keluarga mereka. Sebaik-baiknya bincangkan masalah ini dari hati ke hati. Katakan pada pasangan betapa bangganya anda terhadap dirinya kerana tetap memilih anda sebagai kekasihnya walaupun mendapat tentangan hebat dari keluarganya.
       Jelaskan kepada si dia, berikan sekali lagi kesempatan kepada keluarga untuk mengenal anda berdua dengan lebih lanjut. Bukankah ada pepatah mengatakan “Tak Kenal Maka Tak Cinta”. Jadi, biarkan mereka mengetahui dengan lebih jauh siapa anda sebenarnya. Dalam hal ini, kesabaran anda memang amat dituntut.
Ingatkan kembali kepada si dia jika keluargany masih bersikap negatif terhadap diri anda, kerana itu akan menyakitkan diri anda meskipun kekasih masih setia di samping anda. Jika anda dan kekasih sama-sama memiliki ketabahan dan percaya diri, cari orang yang bersimpati dengan anda dan dikenali oleh keluarganya. Bantuan orang ini barangkali boleh membantu mencairkan masalah anda dengan keluarga kekasih. Sebagai orang muda, anda bebas untuk saling mencintai, menikmati indahnya bunga-bunga cinta dan jangan mudah putus asa dengan berfikir yang bukan-bukan. Namun apabila sudah nekad untuk mendirikan rumahtangga pastikan ketika itu anda berdua sudah mendapat restu daripada keluarga kedua-dua pihak, sebab rumahtangga yang tidak direstui keluarga sering dilanda badai yang tidak terduga.
         Biarpun di dadaku hanya ada kamu tetapi cinta pun bukan segala-galanya. Kita tidak boleh korbankan semuanya hanya kerana cinta. Belajarlah menerima kenyataan, jika cinta yang sudah anda pertahankan dengan sepenuh hati tetapi tetap tidak mendapat restu. Percayalah masih ada dada cinta lain yang boleh anda sandarkan kasih sayang.

!0 Lelaki Idaman Wanita


      Berdiri di hadapan cermin, lihat diri anda. Adakah anda setampan Shah Rukh Khan? Adakah otot-otot anda segagah Arnold Schwarzenegger? Dengan ketinggian yang anda ada, mampukah anda memikat model secantik Nasha Aziz? Adakah gaji anda cukup lumayan bagi menakluki hati gadis-gadis jelita untuk dijadikan isteri?
    Sambil berdiri di hadapan cermin, tanyakan soalan ini, “Adakah aku memiliki ciri-ciri lelaki yang diidamkan wanita? “Kalau masih belum pasti, di bawah ini adalah 10 lelaki yang paling dikehendaki oleh kaum Hawa yaitu….
  1. Yang bercita-cita besar untuk menolong orang lain yang memerlukan, bukannya hidup dilamun angan-angan dan perlu ditolong.
  2. Yang tidak malu berkata; “Saya minta maaf, sayalah yang bersalah.”
  3. Yang dapat melihat pelbagai pengaruh buruk cuba merosakkan hidupnya tapi tanpa ragu-ragu berkata ” TIDAK”
  4. Yang meletakkan urusan Tuhan melebihi segala-galanya.
  5. Yang membuat sesuatu,misalnya melaksanakan impiannya, dengan bersungguh-sungguh dan apabila berjaya, dia menghadiahkan setinggi-tinggi perhargaan kepada orang-orang yang membantunya.
  6. Yang sentiasa tersenyum, merendah diri dan mesra dengan sesiapa sahaja tanpa mengira darjat dan kedudukan.
  7. Yang melihat kesilapan diri sendiri sebelum melihat kesilapan orang lain.
  8. Yang sedia mencurahkan wang, masa dan kebolehannya kepada orang lain tanpa memikirkan balasan.
  9. Yang sentiasa berusaha untuk menjadi contoh terbaik kepada anak-anaknya daripada hanya beromong kosong mengenai hal tersebut.
  10. Yang membawa anak-anak ke rumah ibadat, bukannya menghantar mereka ke sana.

Adakah ketampanan, gaji dan otot-otot sasa di badan anda relevan dengan ciri-ciri di atas?

Orang Yang Mencintaimu


      Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu dihati dan dimatanya hanya ada kamu satu-satunya.
     Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
      Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
       Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
    Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’, ‘Selamat Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’,  ‘Good Nite’ dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS- nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
      Jika kamu menyambut hari ulang tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak- tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca. Kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
      Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
     Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
       Jika kamu mengatakan akan pergi kursus atau menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila kursus atau ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
       Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
     Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
      Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, jauh dihati?’
        Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang tidak masuk akal seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu (merinduimu).
        Orang yang mencintai kamu kadang- kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

Nilai Sebuah Cinta Itu


          Sepi dalam CINTA, gema gitar yang dipetik melahirkan irama keluhan hati yang meresap ke lubuk sanubari. Kerana CINTA, semuanya terasa. Seni dalam CINTA mengalirkan perasaan yang menyelubungi ruang hati. Kerana segenap penjuru mahukan rindu berbening. Air mata dan CINTA tidak mampu dipisahkan; umpama aur dengan tebing. Sesekali CINTA berubah, sesekali air mata tercurah. Bila hati gelap gelita kerana CINTA yang terpisah, berderau rasa gelisah sepanjang hari. Dan malam berasa panjang, angin bertiup dirasakan teramat dingin. Saat itu segala kepasrahan hidup terucap di depan. Semua gelap dan tiada lagi dirasakan indah bakal di depani. Demikian rentak muzik menyusuri masuk ke dalam jiwa sebagai ganti penghibur sepi.
           Adakah yang dimainkan oleh gitar M. Nasir itu bukan daripada sentuhan hati? Mungkin lahirnya lagu seperti Cinta Sepi, Demi Masa dan Dari Kekasih Ke Kekasih sewaktu dia dilamar kasmaran yang dahsyat. CINTA dari hati seorang berjiwa seni adalah terlalu mendalam. Maka terlahir seni dari hati yang teramat sepi.
          Petikan gitar, geseran biola dan alunan suara merdu terlalu diperlukan di kala sepi dari CINTA yang berpusar ganas. Bila permainan perasaan terlalu jauh terlayang, maka alam bertukar wajah. Kita bukan lagi berada di alam yang nyata, tetapi khayalan akan lebih kuat menguasai sekitar benak minda. Segala kewarasan akan terhenti seketika dan realiti sebenar kehidupan terlupa sejenak. Alam CINTA yang ditanggung menjadikan CINTA kebuntuan memecah perjalanan hidup. Benarlah kata Azman Husin, “CINTA menjadikan seorang intelektual menjadi bodoh,” untuk menilai dalam keadaan realiti sebenar.
        Malam, bulan dan bintang, adalah asas dalam kehidupan yang sentiasa berlegar harmonis di antara CINTA dan rindu, resah dan cemburu. Mungkinkah akan terjawab segala gelora resah yang mencengkam hati. Akhirnya falsafah CINTA akan terbias di puncak sepi. Di samping segala sajak dan puisi terlahir di kaki malam sebagai cara melepaskan sepi. Hanya kerana CINTA, hati manusia mampu dilembutkan. Perubahan tingkah laku juga dapat dirasakan kiranya alam CINTA telah bermula. Adakah selepas berakhirnya alam CINTA mampu mematangkan perangai dan pemikiran? Dan sekiranya kekecewaan yang dialami sudah terlupa, mungkinkah kita lebih berhati-hati dalam sesuatu yang berbentuk perasaan?
           CINTA sebagai satu kemestian. Adakala CINTA itu bermula pantas sekali dan perlahan-lahan. Dari pintu hati ia berbenang dan lama kelamaan segulung kasih tersimpul erat di dalam hati. CINTA perlu dipupuk supaya sentiasa segar dan kehijauan seperti dedaun yang berkilauan disirami cahaya pagi. CINTA itu terlalu indah. Seindahnya umpama sejambak bunga cantik, berwarna-warni, segar, harum dan wangi kalau kena gubahannya. Dan bunga yang dipilih daripada jenis yang subur dan baru mekar dari kelopak. Kalaulah kita pandai menggubahnya, semakin berserilah CINTA itu. Dan kalaulah tersalah gubahannya, CINTA yang diimpikan kurang berseri dan tiada keharuman menyelubungi suasana sukma. Tak siapa sudi menghargai CINTA yang diberikan.
           Kesepian menjadikan CINTA semakin mendalam. CINTA daripada gadis yang pendiam dan pemalu adalah sifat sejati. Sifat pendiam dan malu membuatkan CINTA dari hatinya mengalir untuk yang satu. CINTA seorang gadis desa penuh dengan kesetiaan dan kejujuran. Hubungan sosialnya dengan kawan-kawan yang selalu terbatas menyebabkan dia hanya memadai mengenali yang diCINTAinya. Ditambah kesunyian suasana desa yang damai, terasing dan jauh dari kekalutan kota yang sentiasa palsu penuh kepuraan CINTA.
         Di celah kehidupan kampung diselubungi sepi, CINTA menjadi fokus utama dalam hati seorang remaja desa. CINTA lahir dalam hati kerana kesunyian dan kesepian seringkali mengundang kepada kerinduan. Dari kerinduan menghasilkan pelbagai penyeksaan kerinduan batin dan CINTA itu adalah suci sekiranya dibatasi landasan syariat. CINTA seorang gadis desa penuh berliku dan melalui ranjau yang berduri. Tiada apa yang dapat menghiburkan hati melainkan sekeping potret sebagai penawar. Di waktu malam, dinginnya udara, bisunya alam dari bunyian dibilas dari samar-samar cahaya bulan mengundang soal CINTA mula bermain di hati.
         Tiada teman berbicara, CINTA dalam hati cukup berkecamuk. Pelbagai anggapan dan tafsiran datang berombak-ombak bersama rasa kepiluan dalam hati. Mungkinkah yang diCINTAi tidak dapat dimiliki? Dari hari ke hari, CINTA kian bersemi dalam dakapan hari sewaktu berlari. Dalam diari perasaan diluahkan demi mencari kedamaian hati. Di taman sanubari CINTA telah bersatu untuk melakar hidup di alam yang diimpikan.
          CINTA gadis kota pula jarang sekali kesetiaan dihargai dan senang tawar CINTAnya. Mudah hatinya bertukar dan berubah mengikut cita rasa. Kenangan yang dibina mudah bertiup pergi seumpama debu-debu kian berterbangan. Hubungan sosial yang luas memadamkan perasaan CINTA yang satu dan secara mendalam keasyikannya. Kesetiaan jarang dihormati kerana CINTA yang satu mengheningi tiada terpaut kukuh di dalam lubuk hati. Kesibukan waktu menyekat perasaan CINTA mengalir deras dalam belahan jiwa. Malah CINTA yang lahir senang mati apabila sesuatu yang terjadi di luar dugaan. Kemuncaknya dalam perCINTAan banyak perkara boleh berlaku. Apatah lagi keadaan trend kini óne night stand’ sudah menjadi perkara biasa untuk membuktikan CINTA bila sampai ke paras kemuncaknya.
       Yang pasti menjadi lumrah kegagalan dalam menggapai CINTA akan membawa kesan secara tidak langsung kepada peribadi diri. Tahap kekuatan dalaman jiwa terpulang pada diri untuk menghadapi konflik perasaan yang sentiasa membayangi diri. Barangkali banyak sudah muncul watak Laila Majnun yang tidak diketahui umum. Dan barangkali juga dia berada di kanan dan kiri anda? Pandanglah manusia di sekeliling dengan mata hati dan mata kasar. Pasti anda akan temui sesuatu yang baru. Dan mungkin memberi makna. Tanyalah pada hati, renunglah pada sebutir bintang. Di manakah letaknya CINTA dalam kehidupan? Pandanglah pada senja, nescaya apa tersembunyi memberi makna. Dan kita pasti berasa akan NILAI SEBUAH CINTA…

Sepuluh Kunci Persahabatan Yang Baik


  1. Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya anda mempunyai persamaan, tetapi jangan membedakan orang yang tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka itu lebih baik untuk anda.
  2. Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.
  3. Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan dan kurang baek, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
  4. Hargai pendapat satu sama lain.
  5. Sadarlah bahawa kawan karibpun tidak dapat bersama 24 jam. Bina silaturohmi dengan yang lain dan jangan memutuskan silaturohmi.
  6. Komunikasi sangat penting, berdiskusilah antara sahabat kamu pecahkan masalah dan hormati keputusanya walaupun kamu tidak setuju.
  7. Jangan biarkan faktor luara seperti tekanan (stress) merenggangkan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membantu curhat anda untuk melepaskan masalah diri anda, walaupun tidak menyelesaikan malasah paling tidak sesak didada undah PLONG, jangan gunakan sahabat hanya untuk kepentingan kamu aja, tolong juga sahabat kamu yg tertimpa masalah dan kamu hrs bersedia mendengar keluhan dan kerepotan dia.
  8. Belajar daripada satu sama lain.
  9. Jangan mengatai (Ngerasani) di belakang kawan anda, sejelek apapun toh dia tetap kawan anda yg sewaktu-waktu kamu akan lari kedia.
  10. Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana krn perkataan yg kasar akan mencoreng hati teman kamu, ingat lidah adalah singa bagi pemiliknya, dengan lidah kamu bisa selamat dengan lidah pula kamu bisa tertekam.

Moga bermanfaat….. berkata lebih gampang dari pada menjalani, tapi paling tidak berusaha…..apa salahnya

Selasa, 30 Oktober 2012

Menjaga Kehebatan Diri Dalam Pergaulan


  • Jangan Ada Benci Di Hati 
    Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketuajabatannya. Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.
  • Kaedah Mengikis BenciCara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur? Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.
Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam PergaulanAntara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:
  1. Jaga shalat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
  2. Senantiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).
  3. Senantiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
  4. Banyakkan bersedekah,  dalam bentuk uang, senyuman, bantuan tenaga, nasihat, ide, pandangan,  dan doa yang berterusan.
  5. Senantiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s.a.w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
  6. Senantiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.
  7. Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang -menyayangi antara satu dengan yang lain.
  8. Bentuk dan pamerkan sikap atau kesopan yang positif setiap masa. Pibadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
  9. Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.
  10. Jika ada  perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.
  11. Senatiasa syukur dan ridha atas pemberian Allah swt.
  12. Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
  13. Pamerkan simpati kepada setiap individu- individu yang memerlukan simpati dan perhatian.
  14. Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
  15. Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.
  16. Senantiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.
  • Terlebih Dahulu Baiki DiriUntuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh men-sabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain.

Tips Menyemarakkan Cinta


  1. Tunjukan minat kalian terhadap perkara-perkara yang dilakukannya tanda sokongan (walaupun kamu sendiri berasa bosan dengan apa yang dilakukannya).
  2. Jangan saling berbohong ataupun menyimpan rahsia yang berkaitan dengan si dia. Kejujuran penting dalam sesebuah perhubungan.
  3. Lakukan perkara yang berbeza setiap kali keluar bersama bagi membangkitkan kelainan dalam perhubungan, apapun perlulah sehati sejiwa.
  4. Hindari dari melontarkan kata-kata yang menyakitkan hati si dia .
  5. Ingatkan kelebihan si dia yang membuatkan kamu jatuh cinta terhadapnya.
  6. Luangkan banyak masa untuk bersama si dia agar rasa cinta ini lebih dihargai.
  7. Jangan memperbesarkan masalah ataupun memanjangkan pertengkaran kerana ia boleh menggugat perhubungan.
  8. Jangan coba untuk  menyimpan perasaan cemburu yang membukit kerana ia akan membuatkan hati si dia sakit.
  9. Jangan berpura-pura tidak mempercayainya atau pun menguji setebal mana cinta si dia terhadap kamu.
  10. Jangan membanding si dia dengan jejaka/gadis lain terutamanya bekas kekasih kamu.