Sepi dalam
CINTA, gema gitar yang dipetik melahirkan irama keluhan hati yang meresap ke
lubuk sanubari. Kerana CINTA, semuanya terasa. Seni dalam CINTA mengalirkan
perasaan yang menyelubungi ruang hati. Kerana segenap penjuru mahukan rindu
berbening. Air mata dan CINTA tidak mampu dipisahkan; umpama aur dengan tebing.
Sesekali CINTA berubah, sesekali air mata tercurah. Bila hati gelap gelita
kerana CINTA yang terpisah, berderau rasa gelisah sepanjang hari. Dan malam
berasa panjang, angin bertiup dirasakan teramat dingin. Saat itu segala
kepasrahan hidup terucap di depan. Semua gelap dan tiada lagi dirasakan indah
bakal di depani. Demikian rentak muzik menyusuri masuk ke dalam jiwa sebagai
ganti penghibur sepi.
Adakah yang
dimainkan oleh gitar M. Nasir itu bukan daripada sentuhan hati? Mungkin
lahirnya lagu seperti Cinta Sepi, Demi Masa dan Dari Kekasih Ke Kekasih sewaktu
dia dilamar kasmaran yang dahsyat. CINTA dari hati seorang berjiwa seni adalah
terlalu mendalam. Maka terlahir seni dari hati yang teramat sepi.
Petikan gitar,
geseran biola dan alunan suara merdu terlalu diperlukan di kala sepi dari CINTA
yang berpusar ganas. Bila permainan perasaan terlalu jauh terlayang, maka alam
bertukar wajah. Kita bukan lagi berada di alam yang nyata, tetapi khayalan akan
lebih kuat menguasai sekitar benak minda. Segala kewarasan akan terhenti
seketika dan realiti sebenar kehidupan terlupa sejenak. Alam CINTA yang
ditanggung menjadikan CINTA kebuntuan memecah perjalanan hidup. Benarlah kata
Azman Husin, “CINTA menjadikan seorang intelektual menjadi bodoh,” untuk
menilai dalam keadaan realiti sebenar.
Malam, bulan
dan bintang, adalah asas dalam kehidupan yang sentiasa berlegar harmonis di
antara CINTA dan rindu, resah dan cemburu. Mungkinkah akan terjawab segala
gelora resah yang mencengkam hati. Akhirnya falsafah CINTA akan terbias di
puncak sepi. Di samping segala sajak dan puisi terlahir di kaki malam sebagai
cara melepaskan sepi. Hanya kerana CINTA, hati manusia mampu dilembutkan.
Perubahan tingkah laku juga dapat dirasakan kiranya alam CINTA telah bermula.
Adakah selepas berakhirnya alam CINTA mampu mematangkan perangai dan pemikiran?
Dan sekiranya kekecewaan yang dialami sudah terlupa, mungkinkah kita lebih
berhati-hati dalam sesuatu yang berbentuk perasaan?
CINTA sebagai
satu kemestian. Adakala CINTA itu bermula pantas sekali dan perlahan-lahan.
Dari pintu hati ia berbenang dan lama kelamaan segulung kasih tersimpul erat di
dalam hati. CINTA perlu dipupuk supaya sentiasa segar dan kehijauan seperti
dedaun yang berkilauan disirami cahaya pagi. CINTA itu terlalu indah.
Seindahnya umpama sejambak bunga cantik, berwarna-warni, segar, harum dan wangi
kalau kena gubahannya. Dan bunga yang dipilih daripada jenis yang subur dan
baru mekar dari kelopak. Kalaulah kita pandai menggubahnya, semakin berserilah
CINTA itu. Dan kalaulah tersalah gubahannya, CINTA yang diimpikan kurang
berseri dan tiada keharuman menyelubungi suasana sukma. Tak siapa sudi
menghargai CINTA yang diberikan.
Kesepian
menjadikan CINTA semakin mendalam. CINTA daripada gadis yang pendiam dan pemalu
adalah sifat sejati. Sifat pendiam dan malu membuatkan CINTA dari hatinya
mengalir untuk yang satu. CINTA seorang gadis desa penuh dengan kesetiaan dan
kejujuran. Hubungan sosialnya dengan kawan-kawan yang selalu terbatas
menyebabkan dia hanya memadai mengenali yang diCINTAinya. Ditambah kesunyian
suasana desa yang damai, terasing dan jauh dari kekalutan kota yang sentiasa palsu penuh kepuraan
CINTA.
Di celah
kehidupan kampung diselubungi sepi, CINTA menjadi fokus utama dalam hati
seorang remaja desa. CINTA lahir dalam hati kerana kesunyian dan kesepian
seringkali mengundang kepada kerinduan. Dari kerinduan menghasilkan pelbagai
penyeksaan kerinduan batin dan CINTA itu adalah suci sekiranya dibatasi
landasan syariat. CINTA seorang gadis desa penuh berliku dan melalui ranjau
yang berduri. Tiada apa yang dapat menghiburkan hati melainkan sekeping potret
sebagai penawar. Di waktu malam, dinginnya udara, bisunya alam dari bunyian
dibilas dari samar-samar cahaya bulan mengundang soal CINTA mula bermain di
hati.
Tiada teman
berbicara, CINTA dalam hati cukup berkecamuk. Pelbagai anggapan dan tafsiran
datang berombak-ombak bersama rasa kepiluan dalam hati. Mungkinkah yang
diCINTAi tidak dapat dimiliki? Dari hari ke hari, CINTA kian bersemi dalam
dakapan hari sewaktu berlari. Dalam diari perasaan diluahkan demi mencari
kedamaian hati. Di taman sanubari CINTA telah bersatu untuk melakar hidup di
alam yang diimpikan.
CINTA gadis kota pula jarang sekali
kesetiaan dihargai dan senang tawar CINTAnya. Mudah hatinya bertukar dan
berubah mengikut cita rasa. Kenangan yang dibina mudah bertiup pergi seumpama
debu-debu kian berterbangan. Hubungan sosial yang luas memadamkan perasaan
CINTA yang satu dan secara mendalam keasyikannya. Kesetiaan jarang dihormati
kerana CINTA yang satu mengheningi tiada terpaut kukuh di dalam lubuk hati.
Kesibukan waktu menyekat perasaan CINTA mengalir deras dalam belahan jiwa.
Malah CINTA yang lahir senang mati apabila sesuatu yang terjadi di luar dugaan.
Kemuncaknya dalam perCINTAan banyak perkara boleh berlaku. Apatah lagi keadaan
trend kini óne night stand’ sudah menjadi perkara biasa untuk membuktikan CINTA
bila sampai ke paras kemuncaknya.
Yang pasti
menjadi lumrah kegagalan dalam menggapai CINTA akan membawa kesan secara tidak
langsung kepada peribadi diri. Tahap kekuatan dalaman jiwa terpulang pada diri
untuk menghadapi konflik perasaan yang sentiasa membayangi diri. Barangkali
banyak sudah muncul watak Laila Majnun yang tidak diketahui umum. Dan
barangkali juga dia berada di kanan dan kiri anda? Pandanglah manusia di
sekeliling dengan mata hati dan mata kasar. Pasti anda akan temui sesuatu yang
baru. Dan mungkin memberi makna. Tanyalah pada hati, renunglah pada sebutir
bintang. Di manakah letaknya CINTA dalam kehidupan? Pandanglah pada senja,
nescaya apa tersembunyi memberi makna. Dan kita pasti berasa akan NILAI SEBUAH
CINTA…
Tidak ada komentar:
Posting Komentar