Nilai kawan dan
sahabat jauh berbeza.Jika anda ada teman lelaki,dia mungkin bergelar kawan,
bukan pasangan kekasih. Kena pandai bezakan dengan kawan, sahabat dan kekasih.
Sesetengah orang selesa sebagai kawan, sesetengah orang ingin dianggap sahabat,
sesetengah orang mahu akhirnya digelar kekasih. Perlu lihat tutur kata pada
awal perkenalan, kadang-kadang pada awalnya lagi sudah dapat diduga apakah dia
ingin jadi kawan, sahabat mahupun kekasih.
Ramai gadis
bertanya saya soal ini. Dia sudah berhubung dengan saya selama setahun, mengapa
dia tidak faham apa yang ada dalam hati saya? Perlukah saya memberitahunya
bahawa saya menyayanginya lebih dari seorang kawan?
Nah! Inilah
bahananya jika anda tidak cuba
memahami riak wajahnya, tutur katanya dan sikapnya sepanjang berkawan
dengannya. Dia mungkin menganggap anda sekadar kawan, tetapi anda tidak. Anda
menganggap dia lebih daripada itu. Anda mengharapkan cinta tetapi tidak pernah
memberikan gambaran sedemikian. Maka dia tidak memahaminya. Diam-diam tanpa
pengetahuan anda dia menjalin perhubungan dengan orang lain. Dan orang itu telah
pun bergelar kekasih hatinya.
Ramai gadis
kecewa direndam perasaan sendiri. Dia memikirkan lain dan mengharapkan lain
tetapi lain pula yang ada pada diri seseorang lelaki itu. Kena berikan dia
sedikit gambaran bahawa anda tidak sekadar menganggapnya kawan, tetapi kawan
yang istimewa, kawan yang lebih daripada kawan, dan kawan yang ingin dijadikan
kekasih.
Bagaimana
melakukannya? Anda boleh hantar SMS berbau kasih. Ia ibarat melemparkan umpan
sewaktu memancing. Jika umpan serasi, akan mengena. Jika tidak, umpan akan
terbiar dibawa arus.
Memancing cinta
juga begitu. Kena lemparkan umpan dan lihat apakah umpan disambar. Anda akan
menerima balasan yang hampir serupa. Jika ayat-ayat power yang diberi,
ayat-ayat power juga yang sampai kembali, itu antara lain tandanya kasih
bersahut. Jika kata-kata berbau kasih, sayang dan cinta yang diberikan, yang
diterima kembali adalah kata-kata yang hampir serupa tandanya umpan anda serasi
dengan selera ikan. Boleh terus memancing, boleh terus menghulurkan umpan.
Hingga akhirnya ikan tersangkut di mata kail, ketika itu bolehlah tarik joran,
pegang dan tangkaplah hasil. Tika itu tidak perlu berselindung lagi untuk
mengatakan bahawa anda menganggapnya lebih dari seorang kawan. Dia adalah
kekasih hati dan orang pujaan.
Ramai gadis
menjadi mangsa keadaan. Dia tidak pernah tahu dia tidak dicintai. Dan tidak
pernah tahu dia tidak pernah berada dalam senarai calon untuk dijadikan
isteri. Dia berbaik dengan seorang lelaki dan membiarkan perhubungan itu
berjalan dengan baik, sedangkan dia menyimpan hati, tetapi si lelaki tidak.
Setelah berkawan hampir sepuluh tahun, usia telah lanjut baru tahu dia tidak
sampai ke situ. Dia hanya berbaik, seorang yang baik dan mahu berbaik-baik.
Kenapa tidak
memberikan gambaran awal supaya mudah mengambil keputusan, samada meneruskan
atau beralih arah.
Bercinta adalah
seni. Maka anda perlu menggunakan daya kreativiti dalam meniti di atasnya.
Setiap cinta melalui jalan cerita yang serupa namun tidak pernah sama. Setiap
watak yang melaksanakannya adalah berbeza maka anda perlu memahaminya. Bacalah
peribadinya seawal perkenalan anda dengannnya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar