Saling memberi kebebasan
Persahabatan memberi kita ruang untuk berkongsi suka duka bersama dan bukannya untuk saling menyakiti dan membenci di antara satu sama lain. Tetapi menjadi sahabat baik juga tidak bermakna kamu harus memiliki seluruh ruang hidupnya. Misalnya, melarang temanmu membuat itu dan ini. Malah kamu juga sibuk mengatur perjalanan hidupnya. Ini jelas menunjukkan kamu terlalu mementingkan perasaan sendiri tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Apalah salahnya jika kamu saling menghormati hak kebebasan dirinya. Dan apa yang penting, si dia jujur pada persahabatannya.
Saling menahan rasa cemburu
Ramai yang berkata cemburu itu
bunganya cinta. Tanpa cemburu persahabatan yang dibina tak adalah ‘thrill’nya.
Tetapi cemburu yang membabi buta boleh menjejaskan hubungan. Ada
baiknya sebelum api cemburumu memuncak, cuba selidiki dahulu kebenarannya.
Jika ada yang tak kena, tanyalah temanmu itu dengan baik tanpa bersikap marah
dan menuduh. Usahakan untuk berbicara dengan fikiran yang matang dan tenang.
Sebenarnya perasaan cemburu ini tidak perlu terlalu ditonjolkan kerana ini
boleh membuatkan temanmu itu naik tocang. Dia akan mempergunakan kelemahan kamu
itu untuk membuat kamu berasa cemburu dengan berulang kali. Tentu
menyakitkan…
Saling memahami
Saling memahami
Untuk menjadi sahabat yang baik
kamu harus berusaha memahami dan mengenali diri sendiri serta permasalahannya
dengan lebih mendalam. Misalnya temanmu itu menolak ajakanmu untuk keluar
menonton wayang bersama, kamu tidak boleh membuat tanggapan yang bukan-bukan
tentang dirinya. Mungkin dia mempunyai urusan yang mesti diselesaikan terlebih
dahulu. Adalah lebih baik kamu mencari hiburan sendiri lagipun esok masih ada
masa untuk kamu bertemu dia.
Saling mengalah
Demi menyelamatkan hubungan, tidak ada ruginya sekali sekala kamu bersikap
mengalah. Kamu dan si dia sering bercanggah pendapat. Seperti menonton wayang,
kamu sukakan filem romantik tetapi dia pula suka filem aksi. Oleh kerana
sayangkan tali persahabatan yang telah terbina sekian lama maka si dia sentiasa
menuruti segala kemahuanmu semata-mata mahu menjaga hati dan perasaanmu. Tetapi
bila difikirkan semula, apalah salahnya sekali sekala kamu pula yang beralah
dan cuba
belajar memahami minatnya. Situasi ini tentu akan membuat si dia berasa bahagia
dan lebih menyayangi dirimu.
Saling memberi kemaafan
Saling memberi kemaafan
Memaafkan perlu tetapi tidak mudah selagi perasaan kesal dan kecewa menguasai
diri. Tetapi sebagai insan biasa, kita tidak dapat lari daripada melakukan
kesalahan dan kesilapan. Lagipun, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula
kita sesama sendiri. Belajar menjadi seorang teman yang sudi memberi kemaafan
kepada orang lain biarpun kamu sendiri tahu perkara itu bukanlah berpunca dari
kesalahan atau kesilapan dirimu.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar