Orang yang
mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu.
Yang dia tahu dihati dan dimatanya hanya ada kamu satu-satunya.
Walaupun kamu
sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang
penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
Orang yang
mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu
yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
Orang yang
mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang
hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
Orang yang
mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’, ‘Selamat Hari
Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, ‘Good Nite’ dan lain-lain lagi,
walaupun kamu tidak membalas SMS- nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia
menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA
padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
Jika kamu menyambut
hari ulang tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan,
setidak- tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim
SMS.
Orang yang
mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama
kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat
itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. Dan saat itu, matanya pasti berkaca.
Kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
Orang yang
mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan
mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia
menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang
kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan
orang yang mencintai kamu.
Orang yang
mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin
meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu
kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da
berjaya.
Kalau kali
terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia
akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana
dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
Jika kamu
mengatakan akan pergi kursus atau menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila
kursus atau ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan
SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
Orang yang
mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu
ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
Orang yang
mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan
kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat
gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
Orang yang
mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan
hari-harinya hanya dengan kamu. Jika suatu saat
kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar
kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu.
dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh
dimata, jauh dihati?’
Orang yang
mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang
kekasih. Orang yang
mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang tidak masuk akal seperti menelefon
kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan
mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu (merinduimu).
Orang yang
mencintai kamu kadang- kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang
membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu
membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar