LELAKI memang
dilahirkan secara fitrah pandai memikat. Ayat ‘power’, pandai memujuk dan
merayu adalah antara ciri-ciri semula jadi yang ada pada lelaki. Malah, dalam
dunia haiwan pun, ada ciri itu apabila si jantan bijak memikat si betina.
Disebabkan
kelebihan itu, ramai wanita yang layu dan cair apabila berhadapan dengan lelaki
sedemikian.
Justeru, wanita
perlu mengetahui rahsia lelaki supaya mereka tidak mudah tergoda dan tunduk
kepada lelaki terutama yang digelar ‘hidung belang’.
Jika lelaki
mengirimkan SMS lebih daripada sekali setiap hari walaupun hanya untuk
mengucapkan “apa khabar?” atau “sudah makan ke belum?”, tandanya dia ada
perhatian kepada anda. Lelaki tidak akan melakukan perbuatan itu terlalu kerap
jika tiada maksud lain.
Jika lelaki
menelefon anda tanpa sebab dan hanya memberitahu: “sekadar mahu mendengar suara
anda..”, tandanya dia suka anda tetapi malu untuk memulakan kerana lelaki tahu
mereka harus memulakan langkah pertama.
Andai lelaki
mendiamkan diri selepas pertengkaran panjang, maksudnya dia sudah letih dan
ingin pertengkaran itu dihentikan kerana hakikatnya si lelaki tidak suka
berperang mulut dalam tempoh lama.
Andai lelaki
memegang tangan atau membelai rambut anda selepas pertengkaran, tandanya dia
merasa bersalah kerana membuat anda marah. Lelaki paling lemah jika wanita menangis
dan dia mudah mengalah. Jadi, sesekali gunakan senjata ‘air mata’ untuk
menewaskan lelaki.
Jika lelaki
bersandar di bahu anda dan meminta membelai rambutnya, tandanya anda adalah
satu-satunya wanita yang dia cinta kerana lelaki paling lemah apabila wanita
manja dan lemah lembut dengannya.
Jika lelaki
memberitahu dia sanggup melakukan apa sahaja untuk anda, ada dua kemungkinan
sama ada dia sukakan anda atau memang dasar playboy. Lelaki yang mempunyai
cinta sejati ingin wanita itu tahu dia akan sentiasa berada di samping wanita
yang disayangi tetapi lelaki hidung belang biasanya menyulam dengan kata-kata
pujian yang kurang jelas.
Andai lelaki
menangis di hadapan anda, tandanya dia amat sayangkan anda kerana dasar lelaki
memang sukar menangis kerana air mata bagi lelaki ibarat permata. Jika
menangis, memang dia cintakan anda.
Andai lelaki
suka melanggar peraturan yang anda buat, tandanya dia tidak gemar dengan apa
yang anda lakukan. Lelaki tahu apa yang salah dan benar tetapi hanya dia tidak
suka diperintah bukan dilarang. Semakin dilarang, semakin dilanggarnya.
Jika lelaki
cemburu, ada empat kemungkinan:
- Dia sayang
dan takut kehilangan anda
- Dia mahu
menguasai anda
- Dia tidak
mahu ada pesaingan
- Dia mungkin
mempunyai trauma dan tidak pernah menceritakan kepada anda.
Jika lelaki
diam membisu, tandanya dia benar-benar marah kerana selagi dia bercakap, dia
belum terlalu marah. Awas, jika lelaki tiba-tiba diam, lebih baik anda jangan
terus berleter, buruk akibatnya.
Jika lelaki
bercerita masa lampau yang buruk, tandanya dia memberitahu supaya anda tidak
melakukan perkara yang sama.
Andai lelaki
merenung mata anda tanpa berkelip, dia sebenarnya sedang mencari jawapan,
apakah anda benar cinta dan sayangnya. Kebanyakan lelaki tidak merasa selamat
dalam hubungannya, mungkin kerana trauma percintaan dahulu atau pengaruh
persekitaran.
Kesimpulannya,
wanita lebih tabah dan bersemangat berbanding lelaki yang hanya kelihatan kuat
pada fizikal tetapi lembut di dalamnya. Itulah rahsia dalaman lelaki,
mudah-mudahan menjadi pedoman kepada wanita ketika berhadapan dengan manusia
bernama lelaki.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar