Mengetahui
bahawa pasangan kita tidak jujur terhadap kita tentu sahaja merupakan sesuatu
yang menyakitkan. Selain itu, ketidakjujuran tersebut boleh menjadikan hubungan
tersebut tidak sihat dan hilang kepercayaan.
Memang benar
pada beberapa situasi, berbohong lebih baik daripada mengatakan yang
sebenarnya. Namun terhadap pasangan haruslah jujur. Sekali sahaja anda
berbohong, maka ia akan menjadi satu kebiasaan . Sekali berbohong maka anda
akan mencari alasan lain lagi untuk menutupi kebohongan yang pertama, yang
boleh menimbulkan stres. Menurut seorang ahli psikologi Amerika, berbohong
boleh diterima, tetapi tidak dengan orang yang dicintai.
Jika anda tidak
dapat menemukan kebenaran daripada pasangan, pada siapa lagi anda dapat
memperolehinya? Meskipun kejujuran kadang-kadang memang menyakitkan dan membuat
stres, tetapi untuk jangka panjang anda tidak akan mendapatkan kepercayaannya
tanpa ada kejujuran dalam suatu hubungan. Mark Meadows, dari Institut San Diego
mengatakan seseorang boleh mengetahui apakah pasangannya sedang berbohong atau
tidak dengan mengamati hal-hal seperti di bawah.
1.
Kontak Mata Sewaktu Berbicara
Tataplah
matanya sewaktu berbicara sehingga anda akan tahu dia jujur atau
berbohong. Orang yang sedang berbohong pasti tidak tahan bila ditatap matanya.
2.
Bahasa Tubuh
Dengan
mengamati bahasa tubuh pasangan sewaktu dia berbicara, anda akan mengetahui
apakah dia jujur atau tidak. Seperti gugup ketika berbicara, berkeringat atau
tidak tenang saat berbicara.
3.
Tidak Komitmen Pada Apa yang Dikatakannya
Jika pasangan
anda berjanji untuk menemani anda pergi tetapi dia selalu sahaja
membatalkannya, maka anda perlu curiga terhadap alasannya. Jika anda menemui
adanya kebohongan dalam hubungan, janganlah panik. Memang kejujuran akan sukar
sekali dibina kembali apabila anda pernah tidak jujur. Menurut Meadows, tahap
pertama untuk memberi maaf adalah memahami mengapa pasangannya berbohong pada
anda. Barangkali dengan berbohong itu dia bermaksud melindungi bahkan
membahagiakan orang lain. Mungkin saja suatu saat suami anda berbohong mengenai
apa yang dikatakan ibunya mengenai anda. Tetapi jika kebohongan pasangan kerana
untuk menutupi suatu skandal atau hubungan dengan orang lain, tentu anda sukar
menerimanya.
Apabila anda
merasakan tidak dapat lagi mempercayai pasangan, anda harus mengutarakan hal
ini kepadanya. Cubalah untuk jujur dalam situasi apa pun terutamanya terhadap
pasangan tercinta.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar